ALK KOPERASI
PENGERUSI
UST KHAIROL ANNUAR BIN MUSA merupakan Pengerusi koperasi yang sangat berjasa kepada koperasi sejak tahun 2011. Beliau merupakan salah seorang pengasas dan penggerak penting semenjak perancangan penubuhan koperasi. Ust Khairol Annuar merupakan juga pengerusi Masjid Jamek Tasek Gelugor semasa awal penubuhan dan semasa gerakan koperasi Qariah Masjid Tasek Gelugor Berhad berjaya diaktifkan semula dalam tahun 2022.
BENDAHARI
EN. ZUKRI BIN AHMAD merupakan Bendahari koperasi yang dilantik pada mesyuarat pertama selepas koperasi berjaya di aktifkan semula pada tahun 2022 . Beliau telah berjaya menentukan record kewangan koperasi diuruskan dengan sempurna. Beliau juga merupakan seorang Guru yang masih dalam perkidmatan.
SETIAUSAHA
MD RAFDI BIN MOHAMMAD merupakan Setiausaha koperasi yang dilantik semasa mesyuarat Agung kali pertama selepas koperasi berjaya diaktifkan semula pada tahun 2022 .Beliau merupakan salah seorang AJK Masjid pada tahun 2021 yang diamanahkan untuk mengaktifkan semula koperasi bagi menyelesaikan urusan mewakaf banggunan kedai Masjid. Beliau merupakan pesara swasta.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
UST MOHD NAZERI BIN JUSOH merupakan Pengerusi Masjid Jamek Tasek Gelugor pada ketika ini. Sebagai pengerusi Masjid , beliau telah banyak memberi sokongan dan bantuan dalam berbagai bentuk dalam melicinkan lagi perjalanan dan pengurusam koperasi. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Koperasi . Dengan sokongan dan bantuan dari beliau penubuhan pusat aktiviti ekonomi koperasi telah berjaya dilaksana dengan jayanya.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
DATO’ IBRAHIM BIN ROMLI telah dilantik sebagai ALK koperasi sejak tahun 2022 setelah koperasi berjaya diaktifkan semula. Beliau banyak memberi pandangan dan input demi kemajuan koperasi semasa mesyuarat ALK berlangsung. Dato’ merupakan seorang yang aktif dalam politik setempat.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
ABDUL GHONI BIN DALI merupakan anggota koperasi semenjak tahun 2011 . Beliau banyak menyumbang pendapat dan pandangan setiap kali mesyuarat ALK di adakan demi memastikan perjalanan koperasi berjalan lancar dan mengikut lunas lunas yang ditetapkan. Beliau masih lagi bekerja dan merupakan penjawat swasta .
AHLI LEMBAGA KOPERASI
MOHD ALI BIN ABDULLAH merupakan anggota koperasi semenjak penubuhan nya pada tahun 2011. Beliau terlibat aktif dalam memberi cadangan dan pandangan setiap kali perbincangan diadakan dalam mesyuarat ALK. Beliau berlatarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam bidang perniagaan dan beliau sendiri adalah juga seorang ahli perniagaan.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
TN HJ MURSHID BIN ISMAIL merupakan anggota koperasi semenjak penubuhannya pada tahun 2011. Beliau kali pertama dilantik Ahli Lembaga Koperasi pada tahun 2023. Beliau merupakan salah seorang pengasas yang terlibat secara langsung dalam mengatur dan membangunkan laman wab koperasi. Beliau merupakan pesara guru.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
NOR HISHAM BIN MOHAMMAD telah terlibat dengan koperasi ini semenjak penubuhannya pada tahun 2011 . Beliau merupakan salah seorang anggota ALK penubuhan semasa mula mula koperasi dalam perancangan penubuhan. Beliau merupakan seorang guru yang masih lagi dalam perkhidmatan.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
PAKHARARRADZI BIN MAHAMMUD merupakan salah seorang AJK Masjid yang dilantik semasa cadangan process pemulihan koperasi dalam tahun 2022 dan diamanahkan bagi mencari jalan pemulihan koperasi. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti harian masjid . Beliau juga seorang pesara dan sentiasa memberi cadangan dan pandangan setiap kali mesyuarat ALK di laksanakan.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
ROSLI BIN MAHAMOOD merupakan juga salah seorang AJK Masjid yang dilantik dan diberikan amanah dalam mesyuarat AJK masjid untuk mencari jalan penyelesaian masaalah koperasi ketika itu dan mengaktifkan semula perjalanan koperasi pada tahun 2022. Beliau juga sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti perjalanan operasi masjid .Beliau merupahan penjawat swasta dan masih lagi bertugas.